Profil PPIP

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan ‘Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti tahun 2005 hingga 2010’.  Pelan strategik ini telah menggalurkan perancangan dan pelan tindakan JPP ke arah melahirkan graduan berkualiti yang telah melalui program yang dinamik dan latihan yang relevan selaras dengan kemajuan teknologi dan keperluan industri.  Dalam konteks ini, pelan ini telah menyatakan keperluan untuk membudayakan amalan penyelidikan untuk memantapkan konsep ‘learning organisation’. 

Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab mencarta serta merancang penghasilan sumber tenaga manusia separa profesional dan eksekutif kelas pertengahan negara, maka adalah amat penting bagi JPP mempunyai sebuah pusat penyelidikan.  Pengstrukturan semula JPP pada pertengahan tahun 2007 telah menyaksikan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik. Pusat ini telah memulakan operasi pada awal  tahun 2008 dan  bertanggungjawab membuat pemantauan, mengkaji dan menilai kerelevanan program kursus yang ditawarkan, di samping mengumpul dan menyelaraskan data dan maklumat yang berkaitan bagi keperluan penggubalan dasar baru atau pemindaan dasar sedia ada.  Pusat ini juga memainkan peranan untuk membudayakan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan penggalakan keusahawanan  di institusi-institusi JPP. Pusat ini menyelaras dan mengelola aktiviti-aktiviti penyelidikan agar tiada pertindihan berlaku dan fokus penyelidikan adalah mengikut prioriti atau kepentingan JPP dan juga institusi-institusi. 

Didalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) bil 3/2014 yang telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2014, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (PPPP) telah meluluskan perjawatan baru kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP). Waran baru ini telah menambah waran perjawatan daripada 5 PPPT kepada 8 jawatan PPPT. 

 

Bilangan Pelawat

1521928
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2783
4407
7731
1513611
15080
70920
1521928

Your IP: 54.196.73.22
2018-08-15